Tuesday, March 10, 2015

Will be 25

Dah 2 tahun berlalu. Tujuan blog pun dah semakin pudar dan minat pun dah beralih.

Takde hal. Pasni aku nak share kisah aku merayau di bumi Allah dan segala pengalaman aku nanti. Supaya Naga dan Big Bang aku tak kesunyian.. gituuuuu.. Kalau ada orang baca, aku akan pastikan korang baca benda berguna, bukan lagi tulisan remeh luahan hati budak hingusan. Kalau takde orang baca, Eliana, xpe, ni diari ko. Hahaha

Briefly, bawah ni description of me for 2015 onwards.

1. Dah berjaya graduate dengan Degree in Chemical Engineering (Hons) in 2013, syukur.

2. Alhamdulillah, dah mulakan hidupan kerjaya aku.

3. Anak buah dah bertambah, anak sendiri belum lagi.

4. Masih single, masih available. Hahaha

5. New resolution - balik kampung every 2 months, travel to places once every year.

6. #misikurus2015 #misifit2015 #misicantik2015 #misijadibaik2015

Entri lepas ni baru aku story kisah aku dan hidup baru ku.

Please anticipate my next entry - Hiking, My New Passion.



Friday, January 04, 2013

Goodbye 2012, Welcome 2013!


Tengok post list, lebih kurang 3 post yang lalu, aku buat entri untuk welcomed 2012. Dan hari ni 4 Januari 2013!! Nampak benar busy nye tu kan. Padahal takde la busy mana (=..=")

Ok, getting started!

Langit tengahari tadi sangat cantik, sangat cerah. Langit kebiruan, dengan awan seperti kapas. Gunung di pinggir pun kelihatan jelas. Yang dapat aku lafazkan, indahnya ciptaan Allah.

Tapi memang benar, langit tak selalunya cerah. Awan yang tadi bagai kapas, memutih menghiasi langit, lama-lama menjadi awan gelap, petanda hujan akan turun. Petir, guruh sama-sama mengiringi hujan.

Namun gelap tak selalu menyelubungi langit. Bila air hujan dah habis turun, awan akan kembali terbentuk dan langit kembali cerah dan pelangi akan menampakkan wajah.

Macam tu juga lah hidup. Hidup ni tak selalu indah. Bukan sebab Allah kejam, tapi kerana Allah sayang, dan ingin mengingatkan kita, kenapa kita diciptakan di muka bumi ini, yang ternyata penciptaan manusia bukanlah saja-saja.

Begitu jugalah 2012 aku yang lalu. Mulanya semua indah dan gembira. Tapi pemergian ayah bagaikan meragut segala semangat aku sekeluarga. Aku terlupa seketika, bahawa bagi yang hidup, mati itu pasti. Dan begitu jugalah yang akan berlaku kepada aku. Aku juga akan bertemu dengan ajalku.

Tapi, sementara kita masih lagi dikurniakan nafas dan nyawa, selagi itu hidup wajib diteruskan. Kerana manusia itu khalifah di bumi.

Semoga di tahun 2013 ini, kita di kurniakan kekuatan bagi menghadapi ujian dan dugaan yang bakal menjadikan kita insan yang lebih baik kelak, insyaAllah. =)

- selepas hujan yang lebat turun ke bumi, langit akan kembali cerah -


Thursday, January 03, 2013

Buku Baru

p/s: in adalah delayed post!! aku sepatutnya post benda ni 6 minggu yg lalu!! please, spare me!! (>.^)v peaceee~

Tinggal sebulan je lagi aku dah nak habis internship.. Maksudnya, tinggal sebulan je lagi untuk aku usaha sehabis baik supaya dapat skor dengan cemerlang dalam subjek ni, supaya aku puas dengan peluang yang aku dapat ni, dan jugak supaya internship aku ni berbaloi-baloi-baloi..!!

jari ni rasa cam nak taip kisah-kisah dan peristiwa tahun ni, tapi aku nak save untuk penutup 2012 laa.. hehe..baru laa rase cam bagus sket..hoho

sekadar perkongsian, jom hayati ummul kitab Al-Fatihah~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat bagi mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat


Saturday, July 21, 2012

Something to share

10 julai 2012, 1 pagi
Paka, Terengganu

Panggilan telefon dari ibu. Dengan penuh debarnya, aku jawab telefon tu. Dalam otak aku da pikir, ni kenapa laa pulak ni. Bercampur-baur otak aku.
"Hello, assalamualaikum.."
Aku sambut call. Terkejut aku, suara abang aku tengah cakap sambil menangis. Ah, sudah, ni kenapa pulak ni, aku pikir.
"Eli, eli, ayah dah takde.."
Innalillahi wa innailaihi rajiuun.... Ya Allah, macam nak pecah jantung aku! Apa yang bermain dalam otak aku masa tu, cuma ayah dan macam mana aku nak balik pagi2 buta tu. Kakak aku ambik alih panggilan, dengan tenangnya dia suruh aku bawak istighfar, mengucap. Aku da tak boleh tahan dah, aku meraung macam orang gila. Tapi tak baik meraung, kesian ayah, kata kakak aku.

Aku mintak tolong akak aku, aku nak balik. Aku nak tatap wajah ayah aku buat kali terakhir, walaupun jasad tanpa nyawa. Aku cuba sorokkan kesedihan waktu perjalanan balik, kang orang kata, dah kenapa pulak budak ni. Biarlah al-fatihah dan zikrullah jadi penenang hati, boleh jugak sedekah kat ayah.

Flight pertama dari K. Terengganu ke KL, 8.20 pagi. Walaupun aku dah sampai kat airport K.Terengganu pukul 4 pagi (credit to housemates kat Paka; Jannah, Faizzen, Jirah, Diana, sebab tolong hantar), 2 jam jugak laa tunggu  nak beli tiket. Alhamdulillah, ada tiket lagi untuk flight pertama hari tu.

Sampai kat KL, abang aku jemput. Perjalanan ke rembau ambik masa lebih kurang 45 minit. Akak pulak asyik call, sebab jenazah ayah dah nak dimandikan dan dikebumikan. Takut tak sempat nak tengok. Abang aku pun pecut laju sikit. Dalam hati aku doa, Ya Allah, selamatkan perjalanan kami dan semoga aku sempat tatap wajah ayah buat kali terakhir.

Syukur, Allah Maha Adil, kitorg sempat sampai sebelum ayah dikebumikan. Mungkin korang pernah hadir dalam majlis motivasi atau agama yang selalu sampaikan perkara tentang ibu bapa, suruh kita tutup mata dan bayangkan...
Bayangkan, kita balik rumah, dan yang kita nampak, sekujur tubuh diselimuti kain putih. Bila kita bukak kain tu, yang kita nampak, wajah ayah, wajah ibu, jasad tak bernyawa...
Dan itu lah yang berlaku pada aku. Balik rumah, nampak banyak sangat kereta, ramai sangat orang. Aku dah tak dapat nak tahan sebak, berjurai air mata keluar. This is it! Aku kena berhadapan dengan realiti yang cukup besar dan berat!

Masuk je rumah, sekujur tubuh tak bernyawa dihadapkan ke arah kiblat. Dan aku tahu itu ayah. Dan aku tahu, ini kali terakhir untuk aku tatap jasad ni. Kali terakhir untuk aku tatap wajah ayah.

Merah-merah mata adik beradik aku. Ibu pulak nampak sangat tak bermaya. Aku dekat dengan jasad ayah. Aku sentuh dahi ayah, pucat, sejuk je rase. Aku cium dahi dan pipi ayah, yang selalu aku cium bila nak balik utp, nak pergi ke tempat jauh, baru sampai rumah, pagi raya, khatam Quran, birthday aku atau birthday ayah. Lepas ni, dah tak dapat lagi aku cium wajah ni.

Beberapa minit lepas tu, ayah dibawa untuk dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhirnya dikebumikan. Itulah kali terkahir aku akan jumpa dengan ayah di dunia. Watak ayah dah habis, masanya dah sampai, tak lambat, tak juga awal. Aku yakin Allah yang menentukan segalanya dan semuanya tersusun dengan paling baik untuk aku dan keluarga aku, dan jugak untuk ayah.

Jadi, sebelum masanya tiba, gembirakanlah ibu bapa kita, sebelum Allah menjemput mereka kembali, atau sebelum kita yang dijemput kembali. Dan kepada yang hidup, jangan lupa sedekahkan Yasiin, ummul kitab, zikrullah kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga yang telah pergi, insyaAllah, dapat membantu arwah dan juga membantu kita, insyaAllah.



Monday, January 02, 2012

Selamat Tahun Baru, Welcome 2012!!

salam..
selamat tahun baru diucapkan.. cakap pasal tahun baru, benda yang paling sinonim, azam tahun baru.. azam aku, biarlah untuk pengetahuan aku je, sebab bukan nye de orang nak tau pun..kwang3.. haha

Pengalaman tahun baru aku tahun ni, memang paling best setakat ni. Firstly, tahniah kakak aku dan kawan-kawan dah berjaya membuka sebuah kedai menjual pakaian. Silalah singgah di kedai beliau, kat Giant Kajang, nama kedai Hijab Art.

Dan kedua, pengalaman tersadai di tepi jalan bersama abang aku sebab kereta rosak. =.=" Tengah on the way nak ke Giant Senawang nak beli KFC laa kononnya, enjin kereta mati dan semput-semput. Kejap hidup, kejap mati. Menambah kan lagi unsur drama (?), kami tersadai pada waktu tengahari, dan cuaca sungguh sesuai untuk orang yang kesejukan (maksudnya panas terik). Tapi, nak marah-marah pun tak elok, ni ketentuan. So, dengan sabarnya, kami menunggu bantuan. Nak tunggu bantuan dari orang awam macam susah, sebab dalam dunia sekarang, nobody trust a nobody. Jadi, bantuan kitorang diimport khas dari Rembau, abang kitorang..haha..

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai kat Rembau dalam pukul 5.30 petang. Menarik kan pengalaman itu?? =.="



PRU pun da nak dekat. Tapi entah kenapa, rencana politik semakin menakutkan kerana agama jadi pertikaian.. Masya-Allah..




Semoga kita dilindungi dari yang batil.

Sekian, ma'assalama..