Friday, January 04, 2013

Goodbye 2012, Welcome 2013!


Tengok post list, lebih kurang 3 post yang lalu, aku buat entri untuk welcomed 2012. Dan hari ni 4 Januari 2013!! Nampak benar busy nye tu kan. Padahal takde la busy mana (=..=")

Ok, getting started!

Langit tengahari tadi sangat cantik, sangat cerah. Langit kebiruan, dengan awan seperti kapas. Gunung di pinggir pun kelihatan jelas. Yang dapat aku lafazkan, indahnya ciptaan Allah.

Tapi memang benar, langit tak selalunya cerah. Awan yang tadi bagai kapas, memutih menghiasi langit, lama-lama menjadi awan gelap, petanda hujan akan turun. Petir, guruh sama-sama mengiringi hujan.

Namun gelap tak selalu menyelubungi langit. Bila air hujan dah habis turun, awan akan kembali terbentuk dan langit kembali cerah dan pelangi akan menampakkan wajah.

Macam tu juga lah hidup. Hidup ni tak selalu indah. Bukan sebab Allah kejam, tapi kerana Allah sayang, dan ingin mengingatkan kita, kenapa kita diciptakan di muka bumi ini, yang ternyata penciptaan manusia bukanlah saja-saja.

Begitu jugalah 2012 aku yang lalu. Mulanya semua indah dan gembira. Tapi pemergian ayah bagaikan meragut segala semangat aku sekeluarga. Aku terlupa seketika, bahawa bagi yang hidup, mati itu pasti. Dan begitu jugalah yang akan berlaku kepada aku. Aku juga akan bertemu dengan ajalku.

Tapi, sementara kita masih lagi dikurniakan nafas dan nyawa, selagi itu hidup wajib diteruskan. Kerana manusia itu khalifah di bumi.

Semoga di tahun 2013 ini, kita di kurniakan kekuatan bagi menghadapi ujian dan dugaan yang bakal menjadikan kita insan yang lebih baik kelak, insyaAllah. =)

- selepas hujan yang lebat turun ke bumi, langit akan kembali cerah -


No comments:

Post a Comment