Tuesday, November 29, 2011

Facebook & U

Just a few minutes ago, one of my friend post an interesting status, and it goes like this; "...your status reflect who you are, so be the wisest human on earth before you update it :).."


Tatkala aku ghairah post bermacam status, kehadiran status beliau kat news feed aku wat aku tersentak. " Eh, budak ni perli ke hape" hahaha.. Setelah membaca lebih lanjut komen-komen, beliau cuma pelik, kenapa manusia suka sangat update status bukan-bukan, seperti kutukan terhadap manusia lain, hingga membuka aib si polan tersebut.. 


Memang tak bagus kalau begitu ye, kawan-kawan. Kalau nak diikutkan, facebook memang menjadi medium pilihan untuk melepas geram oleh sesetengah individu terhadap sesetengah pihak atau individu yang lain hingga boleh mengakibatkan pergaduhan, umpatan, dan permusuhan dalam komuniti. Lebih-lebih lagi perkara ini sangat tidak digalakkan dalam kalangan umat Islam, kerana perpecahan mempamerkan kelemahan.

Tak guna cakap macam bijak, kalau diri sendiri pun tak terlepas dari melakukannya.. Hehe, ya, aku pun pernah menggunakan facebook sebagai medium untuk memaki. Nama penerima tidak dinyatakan bagi mengelakkan pergaduhan yang lebih besar, atau mungkin sebab pengecut..hahaha.. Kerana bagi aku, hanya pengecut yang gaduh melalui facebook.. Bila difikirkan dengan pemikiran yang waras, lebih baik berhubung secara private dan bincang secara bersemuka atau orang sekarang lebih selesa cakap face-to-face. Orang lain tak tau, pekung masing-masing pun terjaga. InsyaAllah, kalau kawalan diri masing-masing bijak dan cermat, pengakhirannya adalah lebih baik dari yang kita jangka. Mungkin tidak akan bersahabat, tapi perdamaian lebih diperlukan. Tapi kalau taknak bersua, senyapkan diri, tak perlu nak teruskan dan burukkan lagi keadaan. Lupakan dan move on. Life is too short to be wasted on all these crap. Smile, and walk away. =)



Tapi, apa-apa pun, hak ber'facebook' adalah hak anda. But think wise 'bout the consequences and the effects
on others and especially on yourself. Benar kata member aku tu, your status reflects who you are.


                                                      


p/s: keghairahan mengupdate status terhenti seketika sebab da penat.. Jom layan drama~!!


2 comments: