Wednesday, November 30, 2011

Facebook & U (II)

Salam~

Post yang bertajuk "Facebook & U" menerima sebuah komen dari seorang sahabat, yang berbunyi begini,


hahah, baru ko tau betapa Melayu nya aku ni, anep..haha..Ah, sudah.. Hari ni aku tetap ingin meneruskan penulisan ku dengan cara kemelayuan ini (maafkan jika ada campuran, kerana saya tidak sempurna).. ^.^

Kalau semalam aku bicara tentang facebook sebagai medium memaki, hari ni aku ingin bentang tentang tindakan bijak sesetengah individu yang menjadikan facebook sebagai medium ilmu, menyampaikan firman Yang Esa sebagai peringatan dan juga sabda Rasul tercinta sebagai panduan, tak kurang juga yang sedia ditafsir dalam bentuk nasihat yang ringan dan mudah difahami.

Contoh status seorang member

Ramai yang salah faham, medium seumpama ini yang tumbuh melata di zaman berteknologi hanya membawa virus negatif yang merosakkan. Bukan salah media, kerana ia hanyalah sebuah rekaan manusia yang tak mungkin mampu berfikir sendiri. Pengguna iaitu pastinya manusia yang sepatutnya bertanggungjawab menggunakan akal dan common sense perlulah bijak mengendalikannya. Medium berteknologi ciptaan sesiapapun masih mampu dijadikan alat menyampaikan sesuatu yang baik dan berguna untuk sekalian manusia.

Namun hak ber'facebook' tetap hak peribadi. Tidak menjadi satu halangan sebagai satu hiburan, tapi setiap perkara mempunyai had agar tidak mengakibatkan kehancuran nurani. Masak nasi pun ada timing dan limit sendiri, kalau tak, habis hangit, kirim salam je laa...

Nasi hangit.. Boleh makan, tahan bau je laa.. =)

p/s: sama-sama kita hindari aktiviti hiburan terlampau hingga hilang tanggungjawab sebagai khalifah yang menumpang di bumi Allah.. peace y'all (^.^)v

2 comments:

  1. kalo ye pn,edit la cket cover muke ngan nme ak..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha..mmg aku saje je nk tayang nme ko..huhu..ko mrh ke nep?? x kaaannn..hhe

    ReplyDelete