Tuesday, November 29, 2011

Kampung Boy


Salam~
Sape suke tengok Kampung Boy angkat tangan!! "..saye2!!" Seingat aku cerita ni dah lama jugak, dan sekarang dah ditayangkan kat Astro Ceriaaa, untuk kite aje.. Untuk budak-budak yang membesar masa cerita ni mula-mula ditayangkan mesti rase cam legend giler ahh citer ni..Bangga kot..

Asalnye hanyalah komik strip kat suratkhabar dulu dan berbahasa Inggeris tapi de bahasa Melayu sikit-sikit (sebab dulu-dulu kan ramai berbahasa Inggeris). Disebabkan respon yang baik punyaa, komik ni berjaya terjual at least 60 000 copies dalam masa 4 bulan (berdasarkan sumber tertentu). Dahsyat tuu.. Nak tambah bangga lagi, komik ni berjaya dijual oversea, pastu translated ke bahasa lain, contohnya Jepun dan France. 

Bukan setakat terjual je, kartun Kampung Boy ni berjaya merangkul pelbagai anugerah, salah satunye Outstanding International Book for 2007. Karyawan yang berbakat ni tak lain tak bukan, LAT =)

Dato' Mohammad Nor Khalid (Lat)
Dengarnye, kisah Kampung Boy ni berkisar pasal kehidupan beliau sebagai budak kampung sekitar zaman 50-an.. Bagi aku, latar belakang kehidupan kampung memang sangat nostalgik (walaupun aku dapat rasa kehidupan kampung sekejap je, sebab umur 4 tahun dah pindah Rembau, kawasan pekan). So, bila ada cerita macam Kampung Boy ni, dapat laa jugak faham atau rasa secara virtual suasana kampung melayu ni.. Jeles pun ada sikit..haha.. Pape pun, tahinah Dato' Lat sebab berjaya dengan karya yang boleh jadi satu kebanggan buat orang Malaysia. 

Selain cerita Kampung Boy, cerita yang sangat nostalgik adalah Usop Sontorian, Anak-anak Sidek dan cerita baru, Upin & Ipin..  




Cerita kehidupan budak kampung ni memang best r wa cakap lu. Memancing kat sungai, tangkap ikan kat sawah, mandi sungai tiap-tiap petang, main kat laman takyah risau kena culik, lepak kat pangkin, adoi, seronoknye.. Walaupun tak dapat nak merasa sangat hidup kat kampung, dapat tengok kartun pasal budak kampung pun da cukup da untuk aku.. Hehe.. 

p/s: selain cerita kartun budak kampung, aku suka cerita Keluang Man, Shin Chan, Dragon Ball, dan Hagemaru.. 

p/s lagi: Kartun omputih plak aku suke any Disney's production, Spongebob dan Foster's Home for Imaginary Friend je.. =)

p/s lagi dan lagi: kan best kalau cerita Keluang Man, Usop ngan Anak2 Sidek ditayang lagi =)

p/s lagi, lagi dan lagi: cartoons rawkk!! =D


No comments:

Post a Comment