Friday, January 07, 2011

Currently addicted to....

Di masa cuti yang panjang ni, dengan member2 pun dah balik tempat belajar masing-masing, aku yang menghabiskan masa hanya di rumah ni dah jumpa aktiviti yang dapat mengisi sebarang kekosongan dalam kehidupan harian ku, dan bukan hanya satu aktiviti tapi lebih. Mereka adalah..........biar aku cerita satu-satu, memandangkan aku pun takde kerja nak buat sekarang ni, jadi bolehlah aku cerita panjang-panjang sikit. Aku pun tak nak guna bahasa SMS sebab aku memang sedang takde keje. Kalau yang common macam "tak", "nak" tu aku abaikan je la sebab aku memang takde niat nak buat karangan Bahasa Melayu. Ceritanya bermula begini.......


1. CityVille on Facebook

Aku mula main permainan atas talian ni lepas kawan aku, Nasiha Syahirah Omar memaksa aku main sebab dia nak tambah orang jadi jiran. Dengan berkonsepkan permainan yang sewaktu dengannya (FarmVille, FrontierVille, etc), aku pun bermula dari awal. Dah tentu aku dari awal, sebab siapa pula nak mulakan untuk aku. Mula-mula main, aku hampir bosan sebab sangat stereotaip. Aku pernah main FarmVille, aku stop tengah jalan, sebab BOSAN!! Aku pernah main FrontierVille, aku berhenti halfway, sebab BOSAN!! Adakah pengakhiran CityVille begitu juga?? Ataupun dengan lebih tepat, mampukah aku habiskan CityVille??? Tak kesah laa, asalkan permainan atas talian ni dapat mengisi kebosanan aku di rumah...

2. Memasak

Agak lawak..Eliana masak??? hahah..Tak pernah dibuat orang Eli masak. Tak kesah la apa aku nak pikir, tapi aku memang semakin suka memasak. Sejak ibu aku dah start bekerja, aku kena lah take over tugasan kat rumah. Demi untuk membantu ibu aku, aku pun offer diri untuk masak sekali. Cubaan berani dari aku, sebab aku bukan nya hebat sangat memasak ni. Jadi cubaan pertama aku, macaroni bakar. wow!!! Tiba-tiba je terus start dengan western food, ITALIAN!!hmm...Italian kot, aku pun tak pasti asal usul macaroni..hmm, Maybe French?? Kejap, aku nak google..

3 minit kemudian...


"Since the Kraft Company put it in a box in 1937 every American kid grew up with macaroni and cheese. There can be no doubt that its ultimate origins are Italian, as one finds macaroni and cheese recipes from the late thirteenth century in southern Italy. The anonymous Liber de coquina, written in Latin by someone familiar with the Neapolitan court then under the sphere of Charles II of Anjou (1248-1309) has a recipe called de lasanis which we can call the first “macaroni and cheese” recipe. It was a macaroni, in this case, lasagne sheets made from fermented dough and cut into two-inch squares that were cooked in water and tossed with grated cheese, probably Parmesan."

Ok, inilah hasil yang aku jumpa, so aku dah yakin, macaroni berasal dari Itali.. Kembali kepada topik, hasil percubaan buat macaroni bakar tu, BERJAYA!!! hahha..Maksudnya, sedap...!! yeeaaahaa!!! Sejurus selepas itu, lepas je aku dipuji, kembang-mengembang berlaku, maka telah tertanam semangat memasak dalam diri aku, tersemai nye minat memasak. Sejak dari hari tu, aku buatkan makan tengahari. Hehe, tapi simple je sebenarnya. Yang aku nak cerita, aku sekarang dah mula buat makan malam pulak. Kat rumah aku, makan malam adalah main course. Sebab course2 lain, macam sarapan, semua sendiri-sendiri. Pandai-pandai laa nak makan apa. hehe.. Aku mulakan percubaan penyediaan makan malam dengan ayam masak kicap with black pepper. Hasilnya?? BERJAYA!!!! Tanpa bantuan tu....hahah..Aku dah jadi sedikit riak ni. Tapi, tu pun lauk simple je. Kesimpulannya, aku tau buat lauk yang simple je. hehe.. Tapi, tak kesah laa, yang penting, I LOVE COOKING!!! =) Tapi, aku cuma suka memasak kalau takde orang yang masak. Kalau ada orang yang nak masak, aku tak dapat nak campur tangan, sebab aku ada habit untuk tidak diganggu ketika masak. In other words, I love cooking alone... =P

3. Not something new, Photo shoot...

Kalau aktiviti ni memang la, tidak diragui lagi. Apa guna ada DSLR kalau malas guna kan?? Membazir laa jawabnya. Luckily, aku berminat. Hehe, kalau tak minat, jadah apa aku beli kan? Membazir laa jawabnya (repetition). Tapi, aku bukan lah seorang yang pro, aku hanyalah serangga. Kecik lagi dalam bidang ni, macam serangga keciknya. Tapi, aku takkan putus asa!! Aku akan belajar, sampai aku jadi hebat!! Semangat aku dah membara!! Yeeeaaaahhhh!!

hmm..Tu je rasanya, what I've been addicted to, currently. Sekarang pun dah nak pukul 6, aku nak pergi jalan-jalan sambil menembak kanak-kanak...errr...Atau sebetulnya, shoot gambar adik-adik yang tengah main lari-lari kat luar  rumah ni. Adios!!!

p/s : Tiba-tiba teringat arwah din beramboi dengan lawak nya dalam Spontan,
            "Ini telinga syaitan!!!" ;-P

No comments:

Post a Comment