Raja Lawak musim kelima dah pun membuka tirai Jumaat lalu. Mengekalkan 2 pengacara yang memang best, Zizan dan Johan, gelanggang pertama Raja Lawak 5 memang meriah dari awal rancangan lagi. Kalau budak 2 orang tu dah mula bukak mulut, memang tak jemu aku dengar. Dah laa comel...keh3..
Persembahan VT kenangan Raja Lawak bersama arwah Din Beramboi memang menyentuh hati, beb. Rasa rindu kat lawak-lawak arwah yang memang ikut sukati dia. Biarlah orang nak kata merapu, bagi peminat Din Beramboi, he is still the best... Gimik penarikan diri Bob Lokman pun tak kurang best jugak. Tapi Bob Lokman mungkin nak slow down dalam industri lawak dulu kot. Takpe, semoga beliau jumpa apa yang dicari. =) Afdlin Shauki dikekalkan dan sebagai ketua juri sementara tempat Bob Lokman dan arwah Din telah diganti oleh David Teo dan Sathiya. For Sathiya, ok jugak beliau komen. Tapi David Teo, sorry to say, mungkin salah aku yang mendengar, tapi aku memang tak faham sangat apa yang beliau komen. Aku lebih prefer Harun Salim Bachik jadi juri. Pendapat je, no offence.
12 peserta dah terpilih. Yang paling menyerlah bagi aku pada Gelanggang pertama hari tu, Nazmi. Memang lawak. Tengok lah sendiri kat video bawah ni. Yang lagi meriah bila budak 2 orang tu tambah pulak Afdlin join sekaki dengan lawak tu. Tak kering gusi dibuatnya...Yang lain-lain, biasa je bagi aku, tapi baru minggu pertama. Semoga dalam gelanggang akan datang semua peserta buat yang lebih baik, dan untuk Zizan dan Johan, korang memang terbaik!!!! Keep it up, ye abang-abang.. =)
AJL 25 baru je melabuhkan tirai jam 12 malam tadi. Juara Lagu milik Anna Raffali. Tahniah kepada pemenang!! Yang penting, Meet Uncle Hussein feat Black dapat hadiah jugak!! huhu...Aku rasa tak patut Faizal Tahir dapat persembahan terbaik. Bukan sebab persembahan dia tak bagus..tapi sebab aku tak minat dia je..hahaha..Bias giler pendapat aku..=P
Perkara biasa, rumah dah siap pahat berbunyi. Ada je yang tak puas hati dengan keputusan juri. Aku pun memang la tak puas hati sebab Faizal Tahir dapat persembahan terbaik, tapi apa nak buat, juri tu lebih arif. Ketua juri pulak, M Nasir kot...!! Dengan juri-juri lain macam Habsah Hassan, Amy Search, Azmeer,etc2..Nama-nama besar tu.. So,biarlah..Mereka lebih pakar. Dah tu kerja diorang, kita tak boleh nak cakap apa. Sebab kita ni cuma pendengar, peminat. Okeh?? Chill!! =)
So cukup-cukup lah tu, aku nak tengok Ayam Kampung kat TV3 pulak. Tata~~
p/s : Arwah Din Beramboi tetap dalam ingatan para peminat.. =)
enjoy this video, Nazmi peserta RL5... =)
No comments:
Post a Comment