oleh kerana aku rasa keserabutan yang amat sangat dalam tengkorak aku ni, dengan salur darah dan saraf yang semakin bersimpul dan hampir tidak mahu bertanggungjawab terhadap otak, aku skang perlu buat keputusan yang drastik dan sangat penting untuk nyawa aku serta untuk pertumbuhan sel otak yang lebih rancak dan banyak, aku mesti mengatur satu rancangan yang aku namakan "OPS, Sori"..
Kenapa "OPS Sori"?? sape yang tanye tu?? oh, encik yang pakai kemeja putih tu.. Macam ni encik, nama ni tak de mengene ngan plan saya, sebab ia hanyalah tajuk yang saya reka dan saya rase kelakar kalo orang bace.. apa?? tak kelakar?? errr... **malu**
Berbalik kepada isu sebenar, abaikan nama tu, oleh kerana kesibukan ETP yang sedikit menganggu flow hidup aku kat UTP ni (walaupun aku takde event yg lebih memeningkan kepala), aku dalam diam berharap agar pantas masa berlalu bersama ETP.. tak sabar nak cakap, "Babai, awak..sampai sini hubungan kite.." kepada ETP..bukan tak kasih, tapi kurang bahagia..mungkin bukan jodoh..
lepas habis je ETP, aku nak start balik study aku yang aku rasa agak berlubang sana-sini.. Final nak dekat beb!! oh, aku cuak.. mampukah impian aku nak rasa dapat Dean's list tercapai? atau sekadar terkubur di sanubari?? cewaahh..tapi bak kata ibu aku, "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya".. bermadah pulak ibuku itu..
relating madah berhelah tu dengan result, kalo nak dapat result gempak nak kena pecahkan pe plak?? haaa, eli, jangan cam bangang sangat..
oppp, chop, chop!! term pecah tu boleh gune...tak bangang, tak bangang.. ahli falsafah cam aku ni leh wat korang faham penggunaan terma tu.. kalo nak result gempak, pecahkan segala halangan yang menghalang tu.. supaya lebih clear vision dan mision tu..pecahkan kemalasan, boost kan semangat, tanamkan keyakinan kpd ketentuan dan jaga harapan parents aku, insyaAllah, akan berjaya kelak..
ok, tu je plan aku stakat ni..plan yang lebih detail adalah rahsia..hoho..
No comments:
Post a Comment