Saturday, June 18, 2011
Sombong, Bongkak, hidung tersangkut
Kerana hidung terlalu tinggi, lalu bawah pokok rambutan pun boleh tersangkut dan tersekat. Tinggi sangat agaknya hidung itu. Kerana hidung terlalu tinggi, tak nampak orang depan. Akibatnya, main langgar je laa. Tak pasal-pasal orang lain cedera ringan, atau mungkin juga parah disebabkan tingginya hidung seseorang manusia yang melanggarnya.
Dapat tangkap tak apa yang aku cuba sampaikan? Bukan nak berlagak, bukan nak cakap "aku, Nur Eliana Shahrin, perempuan paling bagus dalam dunia ni, tak de sape pun lagi baik dari aku, melainkan aku sendiri", bukan tu maksud aku. Tapi just nak tegur secara perli kepada mereka-mereka yang berkenaan. Agak-agak la, cik kak, cik abang oii..Nak menyombong tak tentu arah, kenapa? Tak salah kalau senyum kepada manusia sejagat ni. Dah lah kedekut dengan senyuman, ambik dengan selamba nye barang orang, depan orang tu, pastu test-test suka hati, tak boleh guna, campak!! Maaaaaakkk aiiii...!!!!
Perbuatan bodoh pertama, muka berlagak macam manusia lain ni sampah..
Perbuatan bodoh kedua, ambik barang orang tak mintak izin..
Perbuatan bodoh ketiga, tuan punya barang tu betul-betul depan mata, pulak tu, tuan punya barang ni memang obvious nye sedang duduk betul-betul depan barang tu..
Perbuatan bodoh keempat, guna barang orang macam orang gila, kalau rosak, nak ganti ke?
Perbuatan bodoh kelima, guna barang orang cam orang gila betul-betul depan mata tuan barang tu..
Perbuatan bodoh keenam, tuan barang tu di'ignore' se'ignore'-'ignore'nye, macam beliau tu cuma cebisan kertas..
Perbuatan bodoh ketujuh, dah tak sesuai dengan kehendak ko, atau lebih tepat, charger tu tak sesuai ngan bateri tu, ko campak (tak reti nak letak elok-elok), terus blah dengan muka yang tertulis "ooopppss, saya nak penyepak"..
Ni contoh situasi..Benar-benar berlaku. The moral of the story, tolong lah, manusia sekalian, tolong lah;
1) Jangan mantain muka berlagak. Bajet muka matang, padahal hidung tinggi menjulang. Tafsir la dulu erti matang, biarlah tau beza matang dengan bongkak.
2) Seniority proud is bullshit!!! Jangan lah nak pandang orang baru macam najis. Senior mana pun ko, tak semestinya barang-barang anak buah ko tu, hak milik ko, yang boleh ko guna sesuka hati. Tuan barang tetap tuan sebenar. Mintak lah izin. Tak payah lah biadap.
3) Show some appreciation to those who have give u their hands. Walaupun sekelumit senyuman. Kitorang tak hadap pun dengan duit ko, ada paham????
don't think others are smaller than YOU..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment