Aku sekarang menghadapi dilema template apa nak pakai untuk blog aku ni..So buat masa sekarang ni aku just cilok Tinta Chancito punya template.,.hahaha..Aku rasa cam comel sangat laa pulak template tu..hahaha..xpe laa, tumpang sekejap..t aku tukar laa ye..
So for today's update, nak share dengan korang pasal........ ***drum's roll!!!***
HATI!!!
Macam mana boleh timbul isu hati pulak ni?
huhu..Isu ni timbul masa perbualan aku dengan roomate aku Syazana malam tadi, atau lebih tepat lewat malam tadi..Sedang kitorang dok berbincang pasal kawan-kawan ni, terkeluarlah istilah "jauh di sudut hati".. istilah yang aku suka guna...Tiba-tiba aku terpikir, hati kita besar tu je, tapi dah simpan macam-macam benda..Siap ada sudut-sudut dan lubuk-lubuk lagi.. Bukan setakat simpan kenangan, hati ni jugak laa yang menanggung pelbagai jenis emosi..Marah, sedih, kecewa, cemburu, risau, gusar, macam-macam lagi..Infiniti kot!! Tapi hati kita akan rasa lega sikit bila dia tenang..hmm..
Kalau bercakap pasal hati ni aku rasa susah sikit..Betul laa bak kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Lain orang lain jenis hati nya.. Sebab tu laa jugak orang kata, jangan judge orang ikut luaran je, tapi tengok hati nya..Sebab kat dalam hati ni laa terkandung segala jenis rahsia yang tak de siapa tau kecuali orang tu sendiri..Unik tak unik nya hati ni.. Lebih tepat lagi, hebat tak hebat nya ciptaan Allah ni..
hati yang kecik tu pun boleh buat manusia hidup aman..hati yang kecik tu jugak lah mampu buat orang berbunuhan..hati yang kecik tu jugak yang buat bayi kehilangan ibu..hati yang kecik tu jugak yang buat orang jadi gila..dan hati yang kecik tu jugak buat orang lupa pada pencipta.. Tapi hati yang kecik tu ke yang bersalah??
manusia dipinjamkan hati yang kecik tu untuk di jaga..tak kesa laa kita punya atau orang lain punya..tapi hati perlu dijaga..hati diberi untuk kita dapat rasa bersyukur dengan segala kejadian dan ciptaan di isi alam..hati diberi untuk kita rasa kasih dan cinta pada Nya..hati diberi untuk kita rasa kasihkan saudara.. hati diberi untuk kita rasa takut padaNya..hati diberi untuk kita rasa benci pada penindasan..hati diberi untuk kita bersemangat jihad..hati diberi untuk kita rasa tanggungjawab..hati diberi untuk kita rasa pendeknya hidup..
so, jangan lah lupa yang setiap manusia ada hati..ingatlah jugak yang kita pun ada hati..pikir kan hati kita, dan pada masa yang sama pikir lah pasal hati orang lain..sebab hati ni fragile..once broken consider sold!!! hahaha.. tapi susah kan?? hmm...
~to be continued...~
No comments:
Post a Comment