Sunday, February 20, 2011

Mahkamah Lorong - review + lessons to be learned...

Tronoh Teater Shop, TTS, da jadi favourite aku da skang..Semua show diorang, kalau ada duit dan masa, insyaAllah aku akan pegi tengok..Sebab kebanyakan nya, ada mesej tersirat yang diorang cuba sampaikan, bukan lah semata-mata pertunjukan bodoh, yang xde mesej + x best...Tapi, still on my number one list, pentomine..!!! Comel habis!!! Style gilaaaa!!! hahaha..nice one director + the actors, actresses..

Review jujur dari aku, seorang penonton yang tak laa hebat mana..tak laa pakar sangat..Cuma pendapat jujur dari seorang penonton..

banner yang membuatkan aku pusing banyak kali kat roundabout

Pertama kali, aku tengok banner iklan pasal Mahkamah Lorong ni, aku sanggup berpusing-pusing kat roundabout tu sebab nak tengok betul-betul, bila show nya, kat mana, berapa harga tiket..Lepas Tuah Hang Jebat, aku memang dah berazam nak tengok show TTS ni, jika mampu..Dengan harapan, ada something yang aku dapat dari show diorang..

1st prediction aku, aku pikir show ni berkisar pasal kehidupan segala jenis makhluk & barang-barang terbuang kat sebuah lorong dan macam mana diorang dipandang oleh manusia yang lalu lalang..

Tapi mungkin sangkaan aku terlalu awal dan terlalu mendalam..Rupa-rupanya, Mahkamah Lorong ni kisah kehidupan haiwan-haiwan yang tinggal kat sebuah lorong. Terjadi satu kes, dan macam mana diorang menghadapi konflik tu..Isu yang disentuh memang isu common yang berlaku dalam dunia sekarang, atau mungkin sejak dulu lagi..Apa yang aku faham, cerita ni banyak sampaikan kritikan sosial..Contohnya, pasal ibu ayam yang import "ayam-ayam" dari luar negara, pasal Pak Lebai yang konon alim, tapi "curi makan" jugak, pasal si gagak yang merempat dan dipandang serong, kurap yang suka curik2 n bajet kiut2 je (hahhaha), pasal Parsi yang materialistik, anjing pengesan yang buat kerja tanpa usul periksa, rasuah, dengki, iri hati etc2..

Kalau cuba dikupas satu-satu, memang panjang..So, aku nak sentuh sikit-sikit je..Anjing yang tangkap gagak, macam pihak berkuasa yang buat kerja tak reti nak periksa betul-betul..Hanya sebab satu bukti, habis orang yang tak bersalah dipersalahkan..Yang jadi hakim pulak, disuap, biar mulut tak boleh bukak..Yang tak bersalah, terus dipersalahkan..Sebab tak de pendirian, makan pulak bersuap, saksi terpedaya..Yang tak bersalah terus dipersalahkan..

Kalau laa benda ni terus je berlaku, habis semua orang yang tak bersalah dipersalahkan..Jangan lah membabi buta je tuduh orang..Asal nampak orang tu buruk sikit, asal nampak perangai & life dia teruk, dia laa yang paling bersalah dalam dunia ni..Salah macam tu..Tak bermaksud orang yang kemas, cantik, ada status tu baik..Diorang lagi teruk agaknya..So don't judge a book only by its cover..

Dendam kesumat..Ni lagi satu..Disebabkan dendam, orang yang tak bersalah dipersalahkan..Sang pendendam hidup senang lenang..Tapi malang nya si pelaksana..Lepas dah buat benda kotor atas arahan si dalang, free-free je kena kelar leher..Tak payah laa involve dalam dendam..Makan diri sendiri je..Dalang nye dok gelak-gelak je..Yang lain, habuk pun tarak..Dalang tu pun tak selamat..Pentas dunia ni sementara..Lu pikir laa sendiri..Pendek kata, jangan berdendam, jangan ngade-ngade nak tolong orang setelkan dendam..Baik korang pegi MPH, tengok TTS buat show..Ada gak pekdah nya.. =P

Yang ada kat atas pulak, sesekali tengok laa bawah..Bukan lah kat bawah ni semua buruk..Rugi laa kalau duduk atas tak reti turun, orang kata, rugi nikmat hidup..Status yang korang ada tu, sementara je..Tak payah nak bangga sangat..Kalau tak status korang hilang, korang yang pergi..Status tu, dapat tolong?? Tak kan...Bukak mata luas-luas, explore dunia, view benda-benda keliling korang..Hati tu lapangkan, terima segala pengajaran, rendah kan hidung tu, tinggi sangat buat apa..Blocking pandangan korang je..Terhantuk kang da lebam kepala..huhu..

Hmm..itu je laa yang dapat aku share dengan korang setakat ni, mata ni dah nak lelap da..huhu..

Apa-apa pun, alhamdulillah, Mahkamah Lorong tadi berjaya berbisik kat aku pengajaran & nilai sebuah kehidupan dalam dunia sekarang ni..Tahniah untuk semua crew yang terlibat..Just nak kritik sikit, jalan cerita yang nice, akan jadi lebih nice kalau pembawakan dan penghayatan lebih clean..

Keep it up, hasilkan banyak lagi karya, dan tunjukkan kebolehan korang yang lebih dan lebih clean lagi..You can do it, TTS..proud of you guys, a lot!!!!

p/s : just kritikan dari seorang penonton yang nak tengok korang berjaya..sokongan aku untuk TTS akan sentiasa lekat dalam hati beb!!! =)

p/s/s : kesian gagak!!! dia stylo kot....~~~
Tuah Hang Jebat yang cool giler!!!!

mimers yang cool ++..dont miss the show..walaupun aku bakal miss it...sob3x (T.T)



1 comment: