"eli call aku balik emergency"mesej ni pun dari Faries..Lepas je dapat berita pasal Nurick koma, aku sentiasa cuak bila dapat apa2 mesej atau call dari dak2 Kite Kawan..Tiba2 Faries hantar mesej camni..Tuhan je tau camne aku rasa..Dengan hati yg berdebar, aku call Faries..Berita yg aku xnak dgr menerjah jugak dalam lubang telinga..Kata2 Faries tengahari tu tak dapat aku lupa..
"nurick da xde..."Berderai air mata aku lepas dgr ayat tu..Rasa macam nak jerit je..Tak mungkin!!! Susah sangat aku nak percaya..Tapi aku mesti kuatkan jugak kewarasan akal aku..Aku mesti yakin, setiap yg hidup akan pergi juga..Pergi menghadap Pencipta. Dalam otak aku masa tu, aku cuma fikir, aku nak balik Rembau..Aku nak tengok wajah arwah untuk kali terakhir..
Aku gagahkan kudrat, nak selesaikan tugas aku sebelum aku bertolak dari UTP dengan Faries..Walaupun air mata aku tak dapat aku tahan lagi masa tu, aku tak pedulik..Orang pandang2..Aku tetap tak pedulik..Berita tu betul-betul buat aku jadi x pedulik..Biar kerja ni setel cepat, aku nak balik Rembau!!
Jam 2 ptg, Faries tiba di UTP..Nak jemput aku..Dalam perjalanan, aku hanya tahan je diri dari menangis..Taknak nangis depan Faries..Tapi aku asek terkenang segala kenangan dengan arwah, segala kenangan kitorang dengan Kite Kawan..Tak dapat aku tahan air mata aku lagi..Diam2, aku menangis jugak..
Perjalanan yg lama tu kitorang isi dengan cerita kenangan2 gembira masa hidupnya arwah..Nurish memang sorang kawan yang baik..Kutuk mengutuk memang aktiviti rutin kalau kitorang berjumpa..Tapi tak pernah siapa pun makan hati..Sebab itulah kite kawan..Kalau asek tacing, bukan kite kawan namo ehhh...Nurish suka budak2..Dia memang ada gaya sorang abang..Bila cakap dalam telefon, suara dia lembut je..Org kate, suara gentleman..Tapi muka ganas..Sebab tu lah kitorang selalu cakap dia dalam hati ada taman..Tak tau laa dia jiwang ke x..Tapi yang penting, dengan kawan2 dia baik je..Gelak tawa dia yg kelakar n kadang2 menyakitkan hati, memang kitorang akan rindu..Tapi antara kitorang, mungkin Faries, Capiq ngan Hafiz yang paling terasa kehilangan sebab diorang rapat sangat..Kalau cuti selalu lepak sama2..
Tempat perjumpaan kitorang, Cendol Rembau jadi markas siang, markas malam pulak kat Chembong..Macam mana agaknya suasana lepas ni?? Masih sama ke?? Yang pasti, Nurish akan dirindui..Keceriaan kitorang akan berterusan..Demi Nurish..Keceriaan kite kawan takkan padam..Kerana Nurish masih hidup dalam hati kitorang..
Selamat jalan kawan.. Kita akan jumpa lagi, tapi ntah bila masanya..Setiap pertemuan bersyarat, dan perpisahan itu mutlak..Semoga kau selamat di sana..Kitorang doakan kesejahteraan kau sentiasa..
Al-Fatihah............
Nurish.. In memory.........
No comments:
Post a Comment