Pengalaman yang agak tak best..Kalau selalu, macam tahun-tahun lepas, Aidiladha tetap dirayakan kat rumah aku, cuma tak lah semeriah Aidilfitri..Pape pun, nama pun still Hari Raya..kunjung mengunjung tetap ada..rendang apatah lagi..lemang tak ketinggalan..ahli keluarga berkumpul..
Tahun ni, aku tak dapat rasa sumer tu..kerana tuntutan menimba ilmu..kerana aturannya sebegini, aku tak mampu melawan..tak pe laa...inilah namanya pengorbanan..
kan??
Konsep raya haji aku tahun ni memang berorientasikan pengorbanan...agak besar bagi aku pengorbanan tak balik kampung..hmm..pengorbanan perlukan kesabaran kan...tak pe..aku memang sedang mengumpul segala ketabahan dan kesabaran...
bila lagi dapat rasa raya di perantauan kan??huhu..
lastly,kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ni, SALAM AIDILADHA...
No comments:
Post a Comment