Tuesday, July 13, 2010

Petua orang lama..

ni slot untuk label baru dalam RELAX...~~
SLOT PETUA ORANG LAMA!!! hahah..cam Doraemon nak kuarkan barang hikmat lak..huhu..btw, aku tau petua ni pun dari mak aku, ayah aku, yang diamalkan turun-temurun sejak zaman nenek moyang kita semua dulu..mesti korang tau jugak kan?

untuk post yang pertama pasal Petua ni, aku nak citer pasal kecantikan untuk org perempuan dulu laa..aku pun gadis kan, so petua untuk perempuan tu lebey r sket..huhu..tp lelaki pun bleh guna..pe salah nya jaga penampilan kan??

ok, yg pertama : RAMBUT

1. yang aku sendiri pernah amalkan dengan akak aku, lumurkan ( secukup rasa je la) dengan minyak kelapa / bijan / zaitun..keesokan harinya baru laa basuh rambut maknanya biarkan seharian.. tapi selalunya orang x suka dengan bau minyak kelapa tu, busuk sket..tapi nak wat cmner??huhu.. aku dlu amalkan seminggu sekali..

2. kedua, aku selalu guna daun bunga raya dengan bunganya sekali..tapi daun dye tu lebih khasiat..petik dlm berapa banyak yang korang nk guna..agak2 dlm segenggam ke.. pastu korang ramas dengan air suam sket..sampai daun tu keluar kan lendir dan berair.. air tu lumur kan kat rambut..kalau aku buat dlu dengan hampas2 nye sekali..kemudian,biar dalam setengah jam, pastu, bilas...!!

3. limau purut, memang byk khasiat..daun nya korang ramas dengan air sket dan bunga raya..da berair, guna air tu untuk dilumurkan kepada rambut..tggu dlm 15-30 minit, lepas tu bilas..rambut korang bukan setakat wangi dan cantik, tapi petua ni elok untuk sejukkan kulit kepala..

4. daun rambutan pun elok..cara yang sama mcm daun limau purut dan bunga raya..

5. untuk meluruskan rambut, perah santan dari kelapa tua..perahan yg pertama tu korang gunakan..perah sket limau nipis dalam santan tu..sapukan sekali sehari dan bilas dengan air sejuk..amalkan seminggu..insyaAllah..

6. untuk rambut berkelemumur, lepas korang basuh rambut, lumurkan dengan beberapa potong buah limau nipis..biarkan 15 minit dan bilas..

7. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis sampai lumat.. pastu tapis dan ambil patinya.. Sapu pada seluruh rambut macam guna syampu.. Gosok rata-rata dan biarkan 15 minit, bilas dengan air biasa hingga bersih.. Amalkan dua kali seminggu..

hmm..tu je laa untuk rambut yang aku tau + pernah dengar..nak tau lebih lanjut, korang google laa ek??

selamat mencuba!! insyaAllah....

sekian, salam....=)

No comments:

Post a Comment