eli,
it's ok..
He's testing u..
Dia nak bagi kamu kesedaran untuk kamu cuba lagi..
Dia nak sedarkan kamu atas segala kesilapan kamu..
Dia sayangkan kamu..
bersangka baik lah dengan Nya..
Dia tak kejam..
Kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya..
Dialah yang paling mengasihi kamu lebih dari apa pun..
eli,
esok pasti ada untuk kamu..
gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..
Dia pernah bukakan pintu untuk kamu..
kenapa kamu tak mahu menghampirinya?
atau mungkin kamu dah cuba..
tapi belum masanya untuk kamu masuk ke dalamnya..
bersangka baiklah..
Dialah yang paling mengasihi kamu lebih dari apa pun..
eli,
tak mengapa jika air mata mu menitis..
air mata itu akan menjadi saksi kekesalan mu..
air mata itu akan menjadi titik permulaan hidupmu yang baru..
Dia akan sentiasa bersamamu..
bersangka baiklah..
Dialah yang paling mengasihi kamu lebih dari apa pun..
berjanjilah,
selagi kamu masih bernafas..
jangan pernah kamu lupa..
Dialah yang paling mengasihi kamu lebih dari apa pun..
No comments:
Post a Comment