hidup ni cam pentas drama yang paling best...dan kita sumer pelakon terbaik..real kot...dan dalam perjalanan hidup kita ni macam2 perubahan yang kita mesti lalui berpaksikan arahan Pengarah yang Maha segalanya..Skrip sudah tertulis..semuanya logik, semuanya berhikmah..tidak meleret, tak pula membosankan..sebab kita akan sentiasa mengalami perubahan, xkan lah nak berada di takuk lama je..aku penah dengar fauziah nawi cakap,
"pertemuan tu bersyarat, perpisahan tu mutlak..."
apa yg aku paham, x semestinya pertemuan dengan orang..bleh jadi pertemuan ngan karier, atau pape pun yang common..cam mandi sungai,contohnye...nak pegi ke sungai tu de syarat nye..kita kena tau jalan, xde pape kewajipan len yang menghalang..bila da nak balik, kita tetap kena balik...nak ke duduk kat hutan tu??kalo btol laa sanggup, satu hari nanti kita akan berpisah gak ngan tempat tu..tempat tu kan bukan milik kita..perpisahan, tetap berlaku..
sebab dalam dunia, semua bersifat sementara..pada akhirnya kita tetap akan ucap selamat tinggal..semua akan kembali ke tempat yang sepatutnya..dan kita akan kembali kepada Yang Maha Pencipta..
so, sementara masih bernafas, sementara masih memiliki apa yang kita ada; tubuh badan, harta, keluarga..pahat kan dalam hati dengan lafaz syukur dan nikmatilah kurniaNya..
tak perlu tamak..
kerana bila-bila masa, Dia boleh mengambil kembali hakNya..
tak perlu gusar...
selagi kita bersyukur, percayalah kepadaNya..
No comments:
Post a Comment